Pembangunan Senjata anti-kapal selam

Perang Dunia I

Perang Dunia I menandakan pertelingkahan serius utama yang membabitkan penggunaan meluas kapal selam dan seterusnya menandakan permulaan usaha utama bagi menangani ancaman tersebut. Terutamanya, United Kingdom terdesak bagi mengalahkan ancaman U-Boat Jerman terhadap industri perkapalan British. Apabila bom yang digunakan didapati tidak berkesan ia mulai melengkapkan kapal pembinasanya dengan peledak dalam - (depth charge) mudah yang boleh digugurkan kedalam air sekitar lokasi yang dipercayai terdapat kapal selam. Semasa tempoh ini mereka mendapati bahawa menetapkan kedalaman agar sesetengah letupan meletup di bawah, dan di atas kapal selam adalah lebih berkesan.

Sebelum perang berakhir, keperluan bagi senjata lontar hadapan telah diakui dan ujian dijalankan. Hidrofon telah dimajukan dan menjadi peranti yang semakin berkesan. Juga, kapal terbang dan kapal udara yang membawa bom dalam (depth bombs) (peledak dalam dari udara - (aerial depth charges)), sungguhpun agak kecil dengan bahan letupan lemah juga digunakan. Tambahan lagi, kapal selam pemburu-musnah juga muncul, HMS R-1.

Hedgehog, motar anti-kapal selam 24 laras, di pasang pada menara hadapan kapal pemusnah HMS Westcott, 28 November 1945

Perang Dunia II

Pertempuran Atlantik

Menjelang Perang Dunia II, senjata anti-kapal selam adalah lebih maju, tetapi semasa peperangan itu, terdapat pembaharuan bagi peperangan kapal selam sepenuhnya oleh Jerman dan juga pengunaan kapal selam secara meluas oleh pihak bertempur yang lain. Kegunaan berkesan peledak dalam memerlukan gabungan sumber dan kemahiran ramai individual semasa serangan. Maklumat sonar, juru mudi, pengendali peledak dalam dan pergerakan kapal lain perlu diselaraskan dengan berhati-hati agar menghasilkan serangan peledak dalam yang berjaya.

Bom peledak dalam dari udara biasanya di pasang agar meletup pada kedalaman cetek, sementara kapal selam menyelam pantas bagi melarikan diri dari serangan. Ketika Pertempuran Atlantik berlansung, pasukan British dan Komonwealth terbukti amat pantas memahirkan diri dengan taktik serangan peledak dalam, dan membentuk kumpulan pembinasa pemburu-musnah pertama yang bergerak secara aktif bagi memburu dan memusnahkan U-boat Jerman.

Hasilnya, barisan senjata anti-kapal selam telah dimajukan. "Motar anti-kapal selam" lontar hadapan mula diperkenalkan pada tahun 1942. Mortar ini menggunakan peledak dalam kecil nama kod Hedgehog (Landak). Satu jenis menghasilkan pola letupan bawah air sekeliling yang dijangkakan musuh, sementara jenis kedua dipasang dengan peletup sentuh, bererti peledak meletup hanya apabila bersentuhan dengan kapal selam. Reka bentuk kedua membenarkan pembinasa atau pengiring pembinasa yang memburu bagi mengekalkan hubungan sonar sehingga "kejayaan" dicapai. Tambahan lagi, senjata baru yang direka bagi kegunaan kapal terbang , dengan pantas meningkatkan kepentingan mereka dalam memerangi kapal selam. Pembangunan FIDO (Mk 24 mine) torpedo anti-kapal selam pensasar pada tahun 1943 (yang boleh digugurkan oleh kapal terbang), adalah penyumbang utama bagi peningkatan jumlah kapal selam Jerman yang ditenggelamkan.

Medan Pasifik

Jepun, Amerika Syarikat, Great Britain, Belanda, dan Australia kesemuanya menggunakan pasukan anti-kapal selam di Medan Pasifiksemasa Perang Dunia II. Disebabkan Tentera laut Jepun cenderung menggunakan kapal selam mereka terhadap kapal utama seperti penjajap, kapal tempur, dan kapal induk, usaha anti-kapal selam U.S. dan pihak Berikat menumpukan usaha mereka bagi menyokong pertahanan sokongan armada.

Kapal selam Jepun awal tidak mudah dikendalikan dalam air, tidak mampu menyelam dalam, dan ketiadaan radar. Lewat dalam peperangan, kapal selam Jepun dilengkapi dengan perkakasan radar. Bagaimanapun kapal selam dilengkapi radar ini dalam sesetengah kes ditenggelamkan kerana keupayaan penerima radar Amerika Syarikat bagi mengesan kesan pemancar tinjau mereka. Sebagai contoh, Batfish (SS-310) menengelamkan tiga kapal selam Jepun yang dilengkapi radar dalam tempoh empat hari. Pada 1944, pasukan anti-kapal selam U.S. mula menggunakan FIDO (Mk 24 mine) torpedo pensasar dari udara terhadap kapal selam Jepun yang menyelam dengan kejayaan besar.

Sebaliknya, kapal selam pihak Berikat tertumpu kebanyakannya terhadap perkapalan perdagangan Jepun. Akibatnya pasukan anti-kapal selam Jepun terpaksa membahagikan usaha mereka bagi mempertahankan keseluruhan laluan perkapalan perdagangan mereka, bukan hanya bagi membawa bekalan pasukan mereka, tetapi juga bagi meneruskan usaha mengimport bahan mentah peperangan yang diperlukan bagi pulau tanah air Jepun.

Pada mulanya, pertahanan anti-kapal selam Jepun terbukti kurang berkesan menentang kapal selam Amerika Syarikat. Alat mengesan kapal selam Jepun tidak semaju sesetengah negara lain. Senjata anti-kapal selam utama Jepun bagi kebanyakan Perang Dunia II adalah peledak dalam, dan serangan peledak dalam Jepun oleh pasukan permukaan mereka pada awalnya tidak begi berjaya terhadap armada kapal selam U.S.. Kecuali tertangkap di perairan cetek, komandar kapal selam U.S. biasanya mampu menyelap pada kedalaman lebih dalam bagi mengelakkan kemusnahan, kadang-kala menggunakan halangan perbezaan suhu bagi melepaskan diri dari dikejar. Tambahan lagi, semasa bahagian pertama perang, pihak Jepun cenderung memasang peledak dalam mereka terlalu cetek, tidak mengetahui bahawa kapal selam Amerika Syarikat mempunyai keupayaan untuk menyelam melebihi 150 kaki.

Malangnya, kecacatan taktik peledak dalam Jepun dibongkar pada June 1943 dalam sidang akhbar yang diadakan oleh ahli kongres U.S. Andrew J. May, ahli kepada Jawatan Kuasa Hal Ehwal Tentera Rumah (House Military Affairs Committee) yang melawat medan Pasifik dan menerima banyak menerima taklimat operasi dan risikan rahsia. Dalam sidang akhbar tersebut, May mendedahkan bahawa kapal selam Amerika mempunyai kadar selamat yang tinggi disebabkan peledak dalam Jepun dipasang agar meletup terlalu cetek, biasanya 100 kaki (kerana pasukan Jepun mempercayai bahawa kapal selam Amerika biasanya tidak melepasi kedalaman ini). Pelbagai pertubuhan akhbar menghantar berita ini melalui wayar mereka, dan banyak akhbar, termasuk satu di Honolulu, tanpa berfikir menerbitkannya. Tidak lama kemudian, peledak dalam pihak musuh dipasang agar meletup pada kedalaman lebih berkesan sekitar kedalaman 250 kaki. Laksamana Muda Charles A. Lockwood, komander armada kapal selam U.S. di Pacifik, kemudiannya menganggarkan pembongkaran May menyebabkan Tentera laut kehilangan sekitar sepuluh kapal selam dan 800 anak kapal.[1][2]

Selain dari menukar kedalaman peledak dalam mereka kepada kedalaman lebih dalam, pasukan anti-kapal selam Jepun juga mula menggunakan pesawat udara autogyro dan perkakasan Pengesan Kelainan Magnetik (Magnetic Anomaly Detector) (MAD) bagi menenggelamkan kapal selam U.S., terutamanya yang berada di laluan perkapalan utama atau beroperasi berhampiran pulau tanah air. Sungguhpun begitu, penengelaman kapal selam U.S. perkapalan Jepun berterusan pada kadar meningkat dengan lebih banyak kapal selam Amerika Syarikat diletakkan di Pasifik setiap bulan. Menjelang akhir peperangan, kapal selam U.S. telah memusnahkan lebih banyak perkapalan Jepun berbanding keseluruhan gabungan senjata lain, termasuk kapal terbang.

Kemajuan Selepas Perang

Perang Dingin membawa pertelingkahan baru bagi peperangan kapal selam. Peperangan pembangunan ini telah mendorong Amerika Syarikat dan Soviet Union berlumba bagi memajukan kapal selam yang lebih baik, lebih halimunan, dan lebih merbahaya sementara pada masa yang sama memajukan senjata anti-kapal selam yang lebih baik dan tepat dan pelantar senjata baru termasuk helikopter.

Kapal selam penyerang (SSKs dan SSNs) dimajukan agar memiliki torpedo yang lebih pantas, jarak lebih jauh, dan lebih memilih. Ini, bersama dengan peningkatan dalam sistem sonar, menjadikan kapal selam peluru berpandu balistik lebih terdedah kepada kapal selam penyerang dan meningkatkan keupayaan peperangan anti permukaan (anti-surface warfare) (ASuW) kapal selam penyerang. SSBN sendiri termasuk kapal selam peluru berpandu kruise (cruise-missile submarines - SSGN) dilengkapi dengan peluru berpandu yang lebih tepat dan dilengkapi dengan teknologi penyeyap tinggi.

Untuk menangani ancaman ini, torpedo yang dipertingkat bagi mensasar kapal selam dengan lebih berkesan, dan roket dan peluru berpandu anti-kapal selam baru yang lebih berkesan telah dimajukan bagi memberi kapal keupayaan anti-kapal selam jarak jauh. Kapal, kapl selam, dan Kapal terbang Ronda Marin - (Maritime Patrol Aircraft - MPA) turut dilengkapi dengan teknologi yang semakin berkesan bagi mengesan kapal selam, contohnya Pengesan Kelainan Magnetik - (Magnetic Anomaly Detectors - MAD) dan sonar yang dipertingkatkan.